AYUH MENYEMPURNAKAN PEMBINAAN MASJID ASH SHAFIE
Perang yang melanda Syria sejak 2011 mengakibatkan kemusnaahan fasiliti. Kurangnya masjid-masjid di Syria menyukarkan saudara-saudara kita untuk berkumpul berjemaah dan beribadah. Saat ini, komuniti Syria dalam usaha untuk membina masjid baru yang berdekatan tempat tinggal di sana. Namun, ekonomi di Syria sangatlah teruk hingga mereka tak mampu untuk kumpul dana sendiri.
Kami di Malaysia for Syria – MFS sejujurnya tak sunggup melihat saudara-saudara kita di Syria beribadah di bawah panas terik dan hujan. Justeru, kami terpanggil untuk membuka kempen Tabung Wakaf Masjid Ash Shafie di Tal Abyad, Syria demi meringankan beban mereka.
Masjid ini akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 orang pelarian Syria yang tinggal di sekitar itu; dan lebih 4,000 orang generasi muda untuk belajar agama dan al-quran.
Masjid ini akan terbengkalai tanpa sumbangan dari anda.
Kami buka Slot Wakaf untuk memenuhi beberapa keperluan pembinaan masjid yang diberi nama Masjid Ash Shafie. Berikut adalah butiran sumbangan untuk Masjid Shafi’e :-
- Atap : RM100/ slot
- Tiang : RM500/ slot
- Dinding : RM200/ slot
- Lantai : RM50/ slot
- Carpet : RM50/ Kaki
- Tempat wuduk & tandas : RM150/ slot
- Atau wakaf seikhlas hati
Dermawan Malaysia, jika cukup sejumlah RM200,000 masjid ini akan dapat digunakan sebelum Ramadan 2024, insyaAllah. Maka sudikah anda bersama kami untuk bantu saudara-saudara kita dengan berwakaf untuk pembinaan masjid di Syria?
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” – (Hadis Riwayat Muslim).
Ayuh kita menyahut doa pelarian Syria yang ingin beribadah di masjid. Bismillah, ayuh kita mulakan.
Nama bank : MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD
MAYBANK : 564810513971
BANK ISLAM : 14210010009882
Sila letakkan reference "MASJID ASH SHAFIE"
Ayuh, sama-sama kita bina masjid di Syria! InsyaAllah, ganjaran berwakaf anda berterusan selagi masjid ini dimanfaatkan, Aamiin.